AdVertiser

BannerFans.com Cara-cara menjadi agent Ads4Bucks kami:- (1) Register di http://www.ads4bucks.com/?r=gxM2t4K24wtVZm9 (2) login agent bahagian Malaysia site dari Malaysia, jika lain negara Worldwide site (3) klik close[x], di bawah menu web ads4bucks klik bahagian MENGENAI ads4bucks. (4) klik DAFTAR SEKARANG SEBAGAI AGENT ADS4BUCKS! (5) Setelah isi semua maklumat peribadi anda , sila buat pembayaran (6) Sila ym saya >auraseri86(yahoo) untuk mendapatkan no.akaun supaya pembayaran dapat dilaksanakan. Harap maklum! sekian , Terima kasih.

Utamakan Keselamatan!

Author: KakSeri // Category:
RISIKO Bahan Kimia & Alatan Dapur

Kak Seri nak bagitahu kepentingan keselamatan sebelum dan selepas penggunaan ruangan dapur semasa menguruskan isirumah. Kadangkala kita lalai dan cuai bila sudah selesai memasak atau mengemas. Secara ringkas Kak Seri nak ternagkan dan tips penjagaan isirumah yang akak praktikkan dirumah.

Elak Bahaya Bahan Kimia Di Dapur Untuk pengetahuan, bahan pencuci longkang, peluntur dan asid kuat adalah berbahaya. Pastikan bahan-bahan ini digunakan menurut panduan yang diberikan, dan pastikan bekasnya ditutup dengan rapi apabila disimpan. Keracunan monoksida boleh berlaku melalui peralatan gas yang tidak dipasang dengan sempurna atau yang tidak mempunyai pengudaraan yang baik.Selalulah memeriksa peralatan secara profesional.



Bahan kimia yang mudah meruap seperti cecair pencuci, minyak tanah, minyak petrol dan sebagainya biasanya mudah terbakar, boleh menyebabkan kebakaran dan letupan dengan mudah, dan tidak seharusnya disimpan di dapur. Racun serangga dan racun tikus adalah berbahaya. Jika ia terkena tangan , cuci dengan segera. Apabila menggunakannya, pastikan tiada bahan makanan yang terdedah berhampiran.
Elak Bahaya Peralatan Dapur Kak Seri selalu pastikan silinder gas diletakkan di kawasan yang mempunyai pengudaraan yang baik untuk mengelakkan pengumpulan gas jika berlaku kebocoran. Maklumlah kak seri tinggal dirumah bersendirian bersama anak ketika hubby pergi kerja. Sekiranya kalian tak pasti, dapatkan seorang yang professional untuk memeriksa sambungan paip gas anda dari masa ke semasa untuk memastikan ianya tidak bocor. Biasanya hubby akak yang memeriksa bekalan tersebut. Tapi kita kena berusaha dan belajar dari mereka yang lebih mahir. Peralatan memasak yang diperbuat daripada kaca tidak dibiarkan di atas dapur. Ia akan meletup.
Padamkan plet pemanas apabila tidak digunakan. Gunakan sarung tangan ketuhar, pemegang periuk dan sebagainya untuk memegang peralatan panas dan bukannya menggunakan tuala kecil. Ini kerana hujung tuala yang tergantung boleh terbakar jika terkena api, atau menyebabkan melecur jika ia basah kerana kelembapan boleh bertukar menjadi stim.
Jangan meletakkan pisau dengan hujungnya menghala ke atas. Hujung tajam ini sukar kelihatan, dan seseorang mungkin terkena hujung ini dan meyebabkan kecderaan.
Apa saja jenis pecahan kaca adalah tajam dan berbahaya. Bersihkannya dengan cermat, dan pastikan anda tidak meninggalkan serpihannya pada span pencuci. Jangan buang pecahan kaca ke dalam beg sampah kerana ia akan menyebabkan kecederaan kepada orang yang mengangkat beg tersebut. Bungkusannya dengan surat khabar lama atau kadbod terlebih dahulu.
PS: Apakah Harus anda lakukan Jika Berlaku Kebakaran Gas?
  • Jangan cemas atau panic. Jika boleh, tutup segera bekalan gas.
  • Bunyikan system penggera kebakaran dan minta semua penghuni keluar ke tempat yang selamat.
  • Padamkan api jika tidak membahayakan diri.
  • Hubungi BOMBA &<994>
  • Tutup pintu dan tingkap untuk membendung kebakaran.

Janji Diikat Kata Di Kata

Author: KakSeri // Category:

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

Pada halaman ini Kak Seri bukan nak menunjuk kak seri serba pandai dalam memasak. Pada ruangan ini KakSeri nak berkongsikan bersama pada sahabat dan adik-adik tip-tips, petua-petua, resepi mudah dan segala variasi keperluan rumahtangga yang terjamin selamat dan selesa. Kepada pasangan yang sedang bersedia untuk ke gerbang mahligai atau pasangan pengantin yang baru dinobatkan baru membina mahligai sudah tentunya anda rasa gelisah bagaimana nak sedia segala keperluan isi rumahtangga terutamanya bagi kaum hawa khususnya. Kalau en.abang-abang anda sudah tertentu tidak sabar-sabar hendak menikmati juadah yang disediakan oleh isteri...kan~ Biasalah , kalau yang baru berumahtangga tentu adik-adik semua berasa agak kekok ketika di dapur. Jangan anda rasa malu atau segan dengan suami, elok berbincang dan sama-sama membuat kerja di dapur...tak salah kan.
Kak Seri berharap anda dapat memanfaatkan tips, petua,resepi,dan faktor sekitar dapur dan isi rumah yang seharusnya kita titik beratkan. Wasalam....